Kisah kami
Kisah kami di Kampung-Lah bersulam dengan semangat untuk berkongsi santapan tradisi melayu asli. Sama ada untuk makan tengah hari, makan malam bersama keluarga atau majlis istimewa, Kampung-Lah akan memberi anda pegalaman bersantap yang lain dari yang lain.
Sebagai tetamu anda akan menyertai pengalaman bersantap di mana setiap hidangan menyambut kepelbagaian tradisi dan warisan masakan Malaysia. Dari kehangatan kuali dan haruman masakan dengan bahan-bahan yang dipilih khas, setiap unsur di Kampung-Lah adalah bertujuan untuk membawa anda ke tempat istimewa menerusi kulinari Malaysia.
Komitmen kami untuk memberi yang terbaik merentas dapur dan ke persekitaran restoran kami, dengan hiasan tradisional yang memberi keselesaan untuk para tetamu kami mencipta memori istimewa dan bergelak ketawa.
Sama ada anda adalah pengemar tegar masakan asli Malaysia atau seorang yang ingin mencuba pengalaman santapan yang baru, sertai kami di Kampung-Lah.
Jom bersama kami, sahut dan menyambut kenakan dan kekayaan rasa hidangan yang membentuk Malaysia. Inilah kisah kami, di mana setiap hidangan dipenuhi dengan naluri Malaysia. Kampung-Lah menanti kehadiran anda.